Melihatmu dikejauhan...kau dan aku berdiri sama...saling berbalas pandangan tanpa sebarang kata..inginku melangkah menghampirimu tatkala kau hulurkan tanganmu untuk ku sambut..namun terhalang oleh tembok kaca...aku lihat kau disana dan aku disini..bersatu tanpa sentuhan yang terhalang oleh ruang dan waktu...dari matamu yg berkaca kulihat bibirmu melafaz kata yang tidak dapatku dengar...aku lihat tanganmu menyentuh pipiku yang dibasahi air mata...terhalang oleh tembok kenangan. Tak terasa zahirnya namun berkesan dijiwa...
Didalam kesamaran kulihat dia menghampirimu...semakin jelas berdiri dia dibelakangmu dan kau merelakan sentuhannya...hanya seketika cuma dan dia menarik tanganmu untuk berlalu pergi...tertunduk aku menangis didalam kesunyian..aku lihat kau membelai dia penuh kasih...terbit senyuman kau untuk dia..cukup untuk aku tahu bahawa kau bahagia disisinya...sakitnya aku menyaksikan takdir kau dan dia yang bukan milik kau dan aku....
Terjaga diri ini dari mimpi...Tatkala aku berpaling untuk kembali ke alam realiti, tatkala itu aku melihat dia...rupanya dia yang berdiri di belakangku sedari tadi...tanpa hijab aku lihat dari matanya dekat dan terasing...rupanya dia yang ku abaikan dalam aku terlalu sibuk mencari jawapan masa silamku...dia yang setia menanti...
Zalimnya aku membiarkan dia...adakah dia yang sebenarnya jawapan kepada segala persoalanku..? Adakah dia masa hadapanku yang aku terlepas dari pandanganku hanya kerana aku hanyut dalam masa silamku..?
Kerana cinta aku tak ingin dia terluka...Kerana sayang aku tak benarkan dia berduka dan oleh kerana kasih aku lepaskan segala impiannya...
Dan aku biarkan ianya berlalu...tatkala aku menoleh...aku lihat cinta dia, kau dan dia...cinta yang takdirnya bukan milik kita....aku lihat takdir kau, aku, dia dan dia