Rinduku padamu bertaut di dalam kalbu
Setiap kali aku bersendiri
Setiap kali kau muncul di hati
Memaksa diri ini melepaskan kau pergi
Tak pernah diri ini berhenti disini
Tak lekang namamu meniti dibibir malah di dalam hati ini
Disetiap sujudku pada yang Maha Esa
Disetiap kali menadah tangan pada yang Maha Mendengar
Demi sebuah ketenangan
Dalam keredhaan qada' dan qadar-Nya
Setiap kali rindu menyinggah...aku lafazkan zikir ini pengubat rindu dihati..merawat luka didalam diri..
" Hasbi Rabbi Jallallah
Mafi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Haqqul Lailahaillallah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung
Tiada didalam hatiku kecuali Allah
Cahaya Muhammad selamat atasNya
Benarlah tiada Tuhan selain Allah "
Semoga tenang jiwa ini
Semoga abadi cinta ini
Semoga terhapus dosa di dalam hati
Friday, 19 July 2013
Wahai lelaki...Jangan...
Jangan pandang aku kerana nafsu
Tapi terima aku kerana agamaku
Jangan pandang kesempurnaanku
Tapi pandanglah kasih sayang Allah yang menutup keaiban diriku
Jangan pertikai kekurangan diriku
Tapi hargai kelebihanku yang Allah kurniakan yang mungkin tidak ada pada wanita lain
Jangan cintaiku kerana aku
Tapi cintailah aku kerana Allah yang satu
Jangan sentuh jiwaku jika hanya untuk dipermainkan
Tapi tinggalkan aku dalam keredhaan qada' dan qadar Allah
Jangan hancurkan hatiku
Kerana ia milik Allah Taala
Jangan pelukku dengan janji duniawimu
Tapi pimpinlah aku dengan doamu
Jangan pandang masa gelapku
Tapi pandanglah keadilan Allah mengatur terangnya jalan hidupku
Jangan menghukum aku kerana dosaku
Kerana hanya Allah yang berhak mengampuniku
Jangan ambil aku tanpa rela
Tapi pinanglah aku dengan Bismillah....

Subscribe to:
Comments (Atom)