Friday, 20 April 2012

Allah Engkau Maha Pendengar...Please have mercy on me...

" Ya Allah ya Tuhanku...Ampunilah aku kerana kesedihan ini...Sesungguhnya aku bersedih kerana cintaku kepada si dia, aku bersedih kerana seorang manusia bernama lelaki..Sesungguhnya cintaku seharusnya milikmu ya Allah. Aku akui sememangnya jiwa ini, cinta ini milikMu ya Allah dan kerana itu, aku tunduk padaMu, Aku mengangkat tanganku kepadaMu ya Allah...Hanya padaMu ya Allah tempat aku mengadu, meluahkan rasa sedih ini...sakit ya Allah rindu ini..

Aku bersedih kerana dia ya Allah..Aku sayang dia ya Allah dan berharap dia akan menjadi imamku dan dapat hidup bersama dalam syariatMu ya Allah..Tapi entah dimana silapnya, empat tahun menyulam kasih, susah senang bersama dia tapi akhirnya dia tinggalkan aku ya Allah...

Dia diam membisu, hilang dari pandangan mata ini, terlepas dari pegangan tangan ini ya Allah...Dia cinta pertamaku ya Allah..Sungguh aku tidak mampu menipu diri ini ya Allah dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat...Ya Allah ya Tuhanku..Tolonglah aku hilangkan rasa sedih ini. Jika dia adalah jodohku yang telah Engkau tulis di Luh Mahfuz, jika dialah yang terbaik buat diriku, bukakanlah hatinya untukku dan sesungguhnya permudahkanlah jalan kami menuju keredhaanMu ya Allah...

Namun, jikalaulah dia bukan untukku, bukanlah dia yang terbaik untukku, lindungilah hati kami daripada saling menyakiti...Tenangkanlah jiwa dan perasaanku ini dalam keredhaan qada' dan qadar Mu ya Allah...

Ya Allah...Ampunkan aku dan terimalah taubatku kerana rasa sedih ini...kerana cinta yang tidak kesampaian..Aku mohon padaMu ya Allah di setiap hela nafasku...di setiap denyut nadi ini..Tenangkan jiwa ini..hapuskan airmata ini..

Ya Allah...Sesungguhnya aku percaya dan yakin Engkau tidak akan mengambil sesuatu daripadaku tanpa Engkau menggantikannya dengan yang lebih baik... Ya Allah..Jika selepas dia, Engkau berkehendakkan aku untuk jatuh cinta...Labuhkanlah cintaku ini kepada seorang lelaki yang mencintaMu ya Allah agar bertambah-tambah cintaku terhadapMu...Dia yang akan menjadi Imamku dan khalifah dalam hidup ini...aminnn ya rabbal alaminnnn"
  

1 comment: