Wednesday, 11 April 2012

Hari ini Dalam Sejarah

Rabu 11 April 2012

Hari ini merupakan hari cuti umum bersempena dengan Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14 iaitu Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Sultan Badlishah. Daulat Tuanku!
Apa yang bersejarah ialah ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang sangat jarang berlaku.


Pertama kali Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ialah pada tahun 1970-1975 sebagai Agong yang ke-5 pada usia 43 tahun dan pada hari ini Baginda dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 pada usia 85 tahun.

Hari ini juga telah menggemparkan dunia bila berlaku gempa bumi yang melanda Indonesia dengan kekuatan 8.7 skala ritcher dan dapat dirasai di Thailand, India dan Singapura lebih kurang jam 4.30 petang waktu tempatan. Gempa bumi di dasar laut di utara Sumatera, Indonesia.

Bila gempa bumi macam ni berlaku, aku teringat pada tsunami pada 2004. SubhanAllah..aku berdoa pada Allah semoga kejadian Tsunami 7 tahun lalu tidak berulang lagi...Tragedi itu sesungguhnya maha dahsyat..

Alhamdulillah..dalam pukul 11.00 mlm berita terkini melaporkan yang amaran tsunami ditarik balik dikebanyakan tempat-tempat yang berisiko tinggi dilanda tsunami..apa-apapun, marilah kita berjaga2..
Take care u ols!

Thank You Allah..

No comments:

Post a Comment